INTRODUCTION
![]() |
Logo IB yang sentiasa menjadi pujaan.. |
International Baccalaureate (IB) sentiasa
meniti di bibir pelajar-pelajar yang akan ke luar negara sebagai program
‘pre-university’ yang paling gerun lagi menakutkan. Cerita-cerita mengenai IB
yang telah ‘membaham’ student2, sehingga sanggup menggadaikan nyawa sememangnya
menegangkan seluruh urat saraf mereka2 yang ‘bertuah’ terpilih
bergelar student di mana2 IB World School. Jadi, setelah
mengerah fikiran, akhirnya, saya memilih untuk berkongsi secebis pengalaman
yang dapat dikutip sepanjang 2 tahun meredah kehidupan dengan menanggung title
sebagai IB Student di Kolej MARA Banting (KMB). Bukanlah untuk
menunjuk2, mendabik dada kerana masih berjaya hidup bernafas selepas 2 tahun
yang hebat itu,tapi hanyalah sekadar berkongsi perjalanan hidup yang telah
Allah kurniakan seterusnya menceduk ibrah2 yg mengasyikkan jiwa. Perkongsian
ini lebih ditujukan kepada sahabat-sahabat yang baru menapak dan juga yang
sedang berjuang di dalam program ini walau di kolej mana pun anda belajar.
SPM: KUN FAYAKUN
Dewan yg mencipta sejarah buat diri. |
Sebelum masuk kepada pengalaman di IB, saya
mulakan dengan kisah ini dahulu. Ketika menerima keputusan SPM, saya tertunduk
kecewa saat nama-nama pelajar yang mendapat straight A disebut satu
persatu di Dewan Besar Nik Mahyudin Wan Musa (dewan sekolah saya),kerana
lansung tidak kedengaran nama saya dipanggil. Akhirnya, saya hanya mampu
membawa pulang sekeping kertas yang tertera 10A 1C untuk ditunjukkan kepada
ayah saya yang sedang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
ketika itu. Tidak perlulah diceritakan subjek apakah C itu, cukuplah sekadar
tahu ia adalah satu daripada subjek Science. Hati siapa yang tidak pilu
apabila membawa ‘seketul’ C disaat ayah yang sedang sakit, yang sudah
semestinya mengharapkan kejayaan terbaik daripada anaknya. Tika itu, harapan
saya sejak tingkatan 1 untuk menyambung pelajaran ke luar negara kelihatan
samar. Tetapi, janji Allah itu benar, tidak disangka-sangka, setelah
mengharungi 2 peringkat interview, FELDA menawarkan saya biasiswa untuk
menyambung pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Mechanical
Engineering. Satu rezeki yang tidak disangka-sangka dikurniakan oleh Dia.
LANGKAH BERMULA
Ditawarkan program IB di Kolej MARA Banting
sememangnya menggugat keyakinan saya. Apa tidaknya, dengan keputusan SPM yang
tidak cemerlang, sambung pula dalam program maut seperti IB adalah seperti
menggantung diri sendiri pada tali gantung. Namun, saya anggap itu sebagai
cabaran dan saya berazam untuk buktikan kepada semua orang saya juga mampu
berjaya. Saya amat yakin dan percaya, sepanjang sejarah KMB, sayalah orang
pertama yang mendaftar program IB dengan berbekalkan result SPM
sedemikian rupa. Perasaan malu ketika rakan-rakan kolej bertanya
mengenai result SPM hanya Allah yang tahu. Apa tidaknya, apabila
masuk ke KMB, saya telah mencampakkan diri saya ke dalam golongan elit yang
mempunyai result SPM bertaraf superb, berbelas2 A+! Saya berasa
TERAMAT berdebar-debar ketika masuk ke kelas pertama setiap subjek kerana kami,
pelajar baru perlu memperkenalkan diri. Di dalam hati, saya tidak putus-putus
berdoa agar cikgu tidak bertanya mengenai keputusan SPM. Syukur, hanya beberapa
guru yang bertanya keputusan SPM kami pelajar baru.
Kata2 semangat pada dinding bilik untuk diri sendiri. |
Selain itu, kehidupan di KMB yang ‘dikelilingi’ English agak
memberi culture shock kepada saya. Walaupun sebelum ke KMB saya
bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP),saya lansung tidak pernah bertutur
dalam English secara serius, padan muka kat diri sendiri,
kalau adapun hanyalah ketika kelas English di dalam bilik
darjah. Bahkan saya sendiri agak teruk pencapaian di dalam subjek ‘bahasa
orang puteh’ ini dan buktinya, ketika di Tingkatan 5, saya ditempatkan di dalam
Set 3, iaitu kelas terakhir bagi subjek English. Untuk pengetahuan, di
sekolah menengah saya, pelajar2 akan diasingkan apabila tiba waktu
subjek English. Ditambah pula saya yang berasal dari kampung yang
sudah pasti tidak kedengaran bahasa ini dituturkan. Sehinggakan ada segelintir
rakan-rakan sekolah saya yang memperlekehkan saya kerana dapat peluang ke
United Kingdom sedangkan saya hanyalah pelajar kelas tercorot bagi subjek ini.
Itulah gambaran tahap English saya saat menjejakkan kaki ke bumi KMB
untuk mengharungi IB. Namun, saya tanamkan tekad di dalam diri untuk membuktikan
anak kampung juga mampu, saya cuba untuk bertutur dengan rakan-rakan
didalam English, begitu juga dengan guru-guru. Walaupun saya tahu saya
bercakap sangatlah tunggang langgang di dalam English,seperti biasa, buat
sahaja ‘tidak tahu’. Walaubagaimanapun,seperti biasalah, semangat untuk
bercakap dalam English sedikit pudar apabila masa berlalu, :P yang
part ni jangan diikut ya.
IBRAH KEHIDUPAN
Sedikit
sebanyak, saya rasa dapat menceduk ibrah daripada secebis kisah ini.
Kepada
sahabat-sahabat yang baru bermula ataupun yang sedang berjuang
dalam International Baccalaureate ini, saya yakin anda menggenggam
keputusan SPM yang sangat hebat, jauh dan sangat jauh meninggalkan keputusan
saya yang rendah itu. Jadi, mengapa perlu takut menghadapi IB? Mengapa banyak
mengeluh dengan kerja yang bertimbun? Sehingga ada yang mahu give up, sehingga
ada yang putus harapan. Yakinlah dengan apa yang Allah berikan kepada anda ketika
ini. Yakinlah dengan janji Allah didalam Surah Al-Baqarah, ayat 286
:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya;
“Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
Lihatlah kasih sayang Allah, walaupun kita
sentiasa rasa tidak mampu untuk melakukan sesuatu, tidak mampu untuk
mengharungi onak badai kehidupan, Dia datang membawa janji ini. Ingatlah
sahabat-sahabat, Allah akan memberi apa yang kita mampu hadapi. IB ini hanyalah
secebis perjalanan hidup kita. Jadi tempuhilah sahaja ia sambil memohon bantuan
daripada Allah apabila berdepan kesukaran, bukan menghadapi kesukaran dengan
cara lari meninggalkannya. Apabila berasa diri penuh kekurangan, penuh
kelemahan, segera perbaiki dan bermunajatlah minta bantuan daripadaNya. Sekian
dahulu untuk perkongsian ini, saya akan berkongsi kehidupan di IB seterusnya di
dalam IB : Sebuah
PerjalananTarbiyah 2 pula. Saya tutup perkongsian ini dengan satu ayat Al-Quran untuk
sama-sama kita hayati maksudnya. Never give up! Anda boleh!
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksudnya:
"…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum
mereka mengubah keadaan mereka sendiri…” [Ar-Ra’d:11]
mana ada belas2 A.. amek subjek spm 10 pn x sampai =)
ReplyDeleteAlhamdulillah junior ada gak post yg positive sket untuk dirujuk stlh berpuluh2 blog post yg menekankan soal 'stress'.
10a tak cemerlang?? bunyik cam teruk sgt lak hahaha
ReplyDeletejgn tengok yg A tu, nak highlightkan yg C tu sebenarnya.. :)
ReplyDeleteerm.. mcm xsesuai je guna term 'pre-departure'. lebih sesuai guna term 'pre-university' utk IB, A Levels, AUSMAT etc. biasa guna pre-departure utk program2 ringkas mcm 'WoW', JOM, Fly High etc2.. huhu.. just my 2 cents.
ReplyDeleteapa-apapun tahniah kerana berjaya hidup merentasi perjalanan IB! :D
diisi pula dengan tarbiyah di sana yang ohsem semuanya. selamat menyambung pelajaran ke UK!
Allahu yusahhil 'alaina. :)