Perjuangan didalam dunia IB terus ditempuh. Seperti biasa,
coursework yang bertimbun-timbun terus menghantui diri sama seperti sebahagian
besar student2 IB yang lain. Melihat diri sendiri dan sahabat-sahabat lain
bertungkus lumus menyiapkan segala kerja seperti EE,IA, dan TOK kadang-kadang
membuatkan diri semakin sakit kepala. Saya akui, disebabkan kerja-kerja yang
sangat banyak dan mencabar itu, ramai yang kecundang dan perasaan malas menerpa
diri. Maka mulalah kita membuka movie2, kononnya untuk menghilangkan stress,
yang akhirnya, bukan setakat berakhir dengan 1 movie, tetapi bersambung
sehingga 2,3 movie ditonton terus secara 'marathon'. Dan berbagai lagi cara
digunakan untuk melarikan diri daripada terus menyiapkan coursework yang sudah
sedia bertimbun tersebut. Disaat inilah munculnya perkataan berhantu yang
sentiasa disebut2 dalam kalangan pelajar IB : PROCRASTINATION.
Percayalah,
procrastination ini sememangnya pembunuh anda dalam senyap. Kecuali bagi
mereka2 yang bertuah sahaja yang mana mereka masih selamber mampu menyiapkan
EE,IA mahupun TOK walaupun masa yang tinggal hanya beberapa minit lagi
dihantar. Lebih 'syok', mereka mendapat keputusan yang cemerlang pula bagi
courseworks mereka itu, Tak mengapalah, mungkin mereka gifted student. Tetapi,
bagi anda yang merasakan diri anda seorang manusia normal, berusahalah untuk
menjauhi procrastination ini. Berpeganglah dengan suruhan Allah di dalam surah
At-Taubah, ayat ke-41;
![]() |
Janganlah sampai jadi macam ni ye.. |

Berangkatlah kamu samada dengan
keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda
dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.
(Al-Taubah [9] : 41)
Jadi,
berangkatlah anda untuk menyiapkan segala courseworks IB sama ada anda berasa
rajin mahupun malas. Di saat inilah ayat-ayat Al-Quran seperti ayat daripada
surah At-Taubah ini memberi kesan yang sungguh mendalam kepada kita.
RESULT OH RESULT
Disebabkan menyedari saya ini
bukanlah daripada golongan yang pandai, saya cuba sehabis baik untuk mencari
mana-mana jalan yang membolehkan saya mendapat result yang baik dalam setiap
peperiksaan, bermula daripada Semester 1. Saya try untuk buat apa sahaja cara,
ada kalanya saya follow cara orang lain belajar, dan ada ketika saya
menggunakan cara saya sendiri. Kadang-kadang terdetik didalam diri yang
mengatakan : "semua cara aku dah buat, x tau nak buat macamana lagi".
Disebabkan oleh usaha-usaha yang saya rasakan sudah all out, saya berazam
setiap kali Semester Exam untuk naik ke pentas menerima anugerah Honor Roll
(anugerah untuk mereka yg mendapat 36 point dan keatas).
Malangnya, bukan sekadar
tidak mendapat Honor Roll, bahkan saya mencipta sejarah buat diri sendiri
apabila Ibu Bapa saya dipanggil 3 kali berturut-turut bagi setiap Semester Exam
untuk menghadiri Hari Akademik, iaitu perjumpaan antara Guru dan Ibu Bapa bagi
membincangkan kelemahan akademik pelajar. Agaknya apa perasaan melalui situasi
ini? Sudah tentu dan sudah jelas, semangat saya hancur setiap kali mendapat
keputusan Semester Exam! Saya sudah memberi sepenuh daya usaha saya untuk
study, tapi keputusannya memang mengecewakan lagi meremukkan hati saya! Inilah
saat dimana orang selalu mengatakan: "Kedahsyatan IB ni kadang-kadang
membuatkan air mata player rugby pun meleleh". Apatah lagi saya yang tidak
pernah bermain rugby ini.
Tetapi, saya bersyukur kerana biah
di KMB yang sentiasa mekar, membuatkan ukhuwah Islamiyyah disini cukup utuh.
Sahabat-sahabat seperjuanganlah yang sentiasa menitipkan kata-kata semangat dan
mengingatkan hubungan dengan Allah dan janji-janji yang ditawarkan Allah kepada
mereka yang bersabar. Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang dan melalui
situasi seperti apa yang saya lalui (mungkin x kot, sbb saya ni mcm teruk
sgt je..), berpeganglah teguhlah dengan janji Allah ini;

Maksudnya;
Dan janganlah
kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi
derajatnya, jika kamu orang beriman. [Ali-Imran:139]
Hayati juga janji
Allah ini;

Maksudnya;
Apa yang ada disisimu akan lenyap,
dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan
kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan. [An-Nahl:96]
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran
yang memberikan kita semangat untuk terus berjuang. Ayat-ayat Al-Quran inilah
yang terus memberi nafas kepada saya untuk mengharungi kehidupan IB yang
memeritkan bagi insan yang lemah seperti saya. Sememangnya, ujian Allah ini
akan mendekatkan hamba kepadaNya. Alhamdulillah. Akhirnya janji Allah itu
ditunaikan kepada saya lebih awal, iaitu didalam Result IB Final Exam.
PERJUANGAN BERMULA
Aik?? Kenapa perjuangan bermula
pulak ni? Betul lah, habis perjuangan IB, perjuangan lain la pula bermula.
Sememangnya pengalaman mengharungi IB memberikan saya segunung pengalaman yang
bercampur pahit dan manisnya. Tetapi, setakat ini sahajalah untuk kita
sama-sama bermuhasabah diri dan mengambil ibrah daripada pengalaman yang
ditempuh. Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang di dalam IB, teruskan
berjuang, saya yakin ramai daripada anda yang tidak melalui pun apa yang saya
lalui, jadi, semestinya anda mampu meluncur lebih maju kehadapan. Teruskan
berjuang, kutiplah pengalaman yang bertimbun-timbun daripada IB World. Tetapi,
sekadar mengutip pengalaman tidak mencukupi, maka ceduklah tarbiyah daripada
pengalaman itu buat memandu diri.
![]() |
InsyaAllah jumpa disini.. :D |
Saya menunggu anda dipintu gerbang University
of Southampton,United Kingdom.
International Baccalaureate, Sebuah Perjalanan Tarbiyah.
Allahua'lam.
"International Baccalaureate, Sebuah Perjalanan Tarbiyah" (like 1000x)
ReplyDeletegembira lak aku horror ib dah berakhir, haha
ReplyDeletevery nice post...!!! congrates and btw thanks for the 'newtaghyeer'...semoga usaha anda membawa ke syurga...!!!
ReplyDeleteAkak, yang kena panggil for hari akademik ni for those yang ada failed dalam certain subjects or below 30 ?
ReplyDeletemaaf lambat reply, biasanya yg akan dipanggil ialah mereka yg dapat bawah 32 pts. Btw, saya lelaki. :)
Delete