Alhamdulillah,
akhirnya tercapai juga hasrat hati dan jiwa raga untuk kembali menyusun kata2
di alam maya ni. Syukur pada Allah. Dahulu saya pernah ada sebuah blog,mula
menulis di blog tersebut bermula awal tahun 2009 iaitu ketika saya form 5.
Tetapi, itulah jadinya bila NIAT tidak diletakkan semata-mata kerana si Dia
yang tercinta. Apa yang jadi? Tidak perlu cerita panjang, pendeknya, blog itu
menjadi terlampau poyo sehingga saya sendiri terseksa jiwa raga. Akhirnya, awal
tahun 2010, blog tersebut terkubur tanpa sebarang peninggalan habuk fossil
sekalipun. Awal tahun ni, tiba-tiba tersedar, (kononnya,sebenarnya dah lama
sedar,tapi buat2 tak sedar) "Kalau malaikat Izrail jemput aku kejap lagi, apa
saham aku ye? Sikit pun tak melabur lagi ni". Kalau mati:
1. Anak-anak tak de lagi
nak doakan saya.
2. Sedekah jariah pun
sikit,memanjang je tak de duit.
3. Ilmu yang bermanfaat
jarang sangat sebarkan kat orang.
Daripada list ni,
tersedarlah diri ni masih tak cukup lagi saham untuk melintas titian sirat
dengan gembira sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa. Jadi, saya mengambil
keputusan untuk mula menulis, menyampai kata-kata peringatan untuk seisi alam
terutama makhluk yang hina dina ini (sambil tengok muka dalam cermin). Harapnya perkongsian saya ini akan ditatap oleh mata-mata yang
lain dan menjadi saham saya di 'kampung' sebenar kita nanti. InsyaAllah.
Kenapa blog ni namanya "newtaghyeer"?
new (english) = baru
taghyeer (arab) = perubahan
Inilah harapan saya,
'perubahan baru' yang saya dahagakan berlaku dalam diri ini. Sama-sama kita
doakan ye.
Social Networks Dan
Ibadat, Ada Kaitan Ke?
Pakcik
Amazon ni pun maybe ada fb. Tengah rakam video nak masuk you tube la tu
(sumber: worldculturepictorial.com )
|
Dunia
sekarang memang tak lepas dari kemajuan perhubungan. Macam-macam cara manusia
berhubung yang lahir di dunia ni. Kalau zaman purba dulu setakat guna
asap dengan semboyan je. Sekarang, macam-macam terhidang didepan mata,
sehinggakan boleh dikatakan pelik kalau perbualan ini berlaku:
Encik
A: Brader, bg account fb brader, nanti saya add.
Encik B:
Sori bos, saya tak de fb, bos pos je la surat kalau nak contact saya.
Begitulah bagaimana kita berhubung sekarang.
Tetapi, bukan tentang teknologi yang saya ingin bincangkan dalam 'corat coret'
ini, tetapi saya ingin sentuh sejauh mana kita sebagai Muslim menunjukkan kita
ini HAMBA ALLAH yang sentiasa beribadat kepadaNya melalui teknologi-teknologi
ini. (macam
pening pulak ayat saya ni..huhu).
Firman Allah subhanahu wa ta’ala :
{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ }
Artinya: “Tidaklah Aku
ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku.” (QS Adz-Dzariyat :
56)
Kesimpulan daripada
ayat yang femes ini ialah setiap detik kita menghirup oksigen yang free ini,
setiap detik itulah ibadat perlu kita laksanakan kepada Allah. Mungkin ada yang
persoal, "x kan nak solat tiap masa?", "x kan nak kena berzikir
tanpa henti 24 jam kalau macam tu?". Jawapannya senang sahaja: Setiap
perbuatan kita yang diniatkan semata-mata kerana Allah, itulah ibadah. Tidak
kisahlah anda duduk ke, berlari ke, mahupun buang air sekalipun, jika anda
niatkan setiap perbuatan tersebut keranaNya dan sebagai tanda kehambaan anda,
insyaAllah, ia akan dikira sebagai ibadat dan diberi ganjaran oleh Allah Yang
Maha Hebat.
Jadi bukankah kita
berfacebook, bertweeter itu jugak boleh menjadi ibadah? Kalau anda kata tidak,
pergilah cari benda lain untuk disedut ketika berfb mahupun bertweeter, jangan
sedut oksigen lagi untuk bernafas.
Seronoknya
Comment2,Post2,Tweet2..
Pernahkah anda
berfikir panjang sebelum menulis sesuatu di alam maya ni, tidak kisahlah di
mana2 social network sekalipun? Kalau anda fikir, apa pula yang anda fikirkan?
takut ibu bapa baca? takut sponsor anda baca post anda tentang
pro-pembangkang@anti-kerajaan?takut gelfren@boifren anda baca? Pilihlah mana
satu jawapan ini untuk menjadi jawapan anda. Tetapi, kalau sekadar itu yang
anda fikirkan, ia masih belum cukup. Apa yang anda perlu fikirkan sebelum jari
anda lincah menari di keyboard laptop ialah:
"Tulisan aku ini akan bawa
aku ke syurga atau neraka?"
Saya yakin, ramai
daripada kita yang tidak pernah terfikir pun tentang ini. Terlampau seronok
memaparkan post2 yang osem di mata, comment2 yang melunaskan nafsu sehingga
tidak ambil pusing tentang Allah yang sentiasa memerhati. Tidak perlu tengok
orang lain, cuba cek diri kita sendiri. Cuba selongkar semula post2 kita,
comment2 kita di facebook, tweet2 kita di tweeter, adakah apa yang kita tulis
tu 'tulisan ke neraka' atau 'tulisan ke syurga'? Mudah sahaja nak
mengklasifikasikan tulisan2 tersebut,jika tulisan itu:
1. Mengingatkan diri dan orang lain kepada Allah = Tulisan ke
syurga
2. Menjauhkan diri dan orang lain daripada Allah = Tulisan ke
neraka
Jadi, kalau apa yang
kita tulis itu berbentuk caci-makian, carut-carutan,fitnah-fitnahan,
umpat-umpatan, dan sewaktu dengannya, jelas dan nyatalah tulisan2 kita itu akan
membawa kita kedalam api yang akan menghancur luluhkan tubuh kita. Kalau ianya
tulisan yang membawa kita ke syurga, biarkanlah ia menetap di alam maya, tetapi
jika tulisan itu bakal mencampakkan kita ke dalam neraka, segeralah
memusnah'delete'kan tulisan2 itu sekarang juga! Kita wajib sentiasa setkan
didalam jiwa dan minda kita bahawa kita akan dipertanggungjawabkan diatas
setiap perlakuan kita.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala :
مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا
Maksudnya : '
Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih
baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka
orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai
dengan apa yang telah dikerjakannya ' (QS Al-Qasas:84)
Kematian Tidak Akan
'Invite' Kita Ke 'Eventnya',
Ingatlah teman-teman,
kita langsung sedikitpun tidak tahu bilakah saat kematian kita. Tiba-tiba
sahaja nyawa kita boleh lenyap daripada dunia yang fana' ini. Sudah berapa
ramai rakan-rakan kita yang sudah pergi menghadap Ilahi walaupun umur masih
muda? Masih tidak gentarkah kita dengan peringatan itu?
Jadi, sebelum menekan
keyboard dan menghasilkan bait-bait perkataan di alam maya, termasuklah sebelum
mengupload apa2, berdialog dahulu dengan diri; "jika aku mati sebentar
lagi, adakah tulisan yang akan aku tulis ni akan mencetak pahala yang
berterusan bagi aku? atau aku akan menerima kiriman dosa yg tanpa henti?"
Kerana apabila kita mati, setiap tulisan dan gambar kita yang diupload akan
kekal disitu buat selama-lamanya selagi mana ia tidak dibuang. Terseksalah kita
didalam kubur yang sedia sempit menerima dosa yang tidak putus-putus dikirim
daripada Facebook mahupun Tweeter, dan sebagainya.
Akhir Kalam
Tanya diri sebelum
menulis : Tulisan aku ni ke syurga atau neraka?