Adakah aku terlalu celaka?
Diri yang sudah rosak hancur hina.
Ingin rosakkan jiwa yang masih suci.
Celaka. Manusia celaka.
Bingungnya aku.
Bagaimana mahu menarik semula sauh yang sudah dilabuh kuat
Apa harus aku buat?
Ingin diterus akan merosakkan
Ingin menarik diri, juga akan merosakkan
Hina celaka sungguh diri ini
Apa lah malang nasib
Tuesday, 28 February 2017
Monday, 16 January 2017
Pria Hina & Si Bunga Syurga
Kadang aku terpana,
Bingung menatap wajah diri nan sepi,
Hina,
Terpana itu,
Terpana syahdu,
Syahdu luka yang mangkir noktahnya,
Buntu,
Bingung itu,
Bingung akal memikirkan layakku,
Siapakah aku,
Lagak sang pengemis hamis,
Aku lelaki yang jua punya tangis,
Tangisku kadang di pundak akalku tiada nilai,
Sadis,
Sedasawarsa kurang delapan ini,
Hadir wanita suci yang bikinku terpana,
mendamparkan aku bingung,
melemaskan aku tangis,
Segalanya kerana aksara suci itu,
C.I.N.T.A
Terpana,
Bingung dan tangis kerana aksara itu,
Aksara 5 yang aku impi tapakku ke syurga
Aku kini, lelaki yang lebih memahami aksara suci itu,
Aksara suci yang perlu dipaut,
Dijunjung pada Yang Satu,
Aksara suci yang kau pamir itu harum,
Seharum namamu bak bunga syurga meranum,
Aksara suci yang kau beriku rasa,
Walau sedikit cuma itu,
Membuat aku celik,
Celik makna hidup,
Aksara suci yang kau siram
Walau setitik cuma,
Buatku tersentak,
Tersentak akan makna hamba hina pada Yang Esa,
Walau aku masih terpana,
Terus bingung dan terkadang tangis membalut,
Aku tegap yakin "bunga syurga" itu bukan kebetulan kosong tak bermaksud,
'Bunga syurga' yang Tuhan hadirkan ini,
Penyuluh jiwa yang bungkam,
Supaya aku tiada samar meraba syurga yang terang,
Bunga syurga yang tuhan semai ini,
Bikin aku bingkas menerpa,
Dari sekilas alpa,
Alpa yang asyik merenjut jiwa fana',
Bunga syurga yang tuhan izinku hidu harumnya,
Menyentakku dari lena sang manusia,
Lena yang memamah tubuh tinggal tiada,
Aku disini terus bingung terpana,
Sang wanita menyerbak harum ini jiwanya disepuh apa?
Ampuh utuh walau disepa ujian edan menggila,
Ku tiada ragu harummu itu syurga berbunga layak asalnya,
Bisaku ingati, aku bukan pemuja wanita,
Cumaku kagum maha hebatnya Tuhan yang mencipta,
Duhai bunga syurga yang bisa menyegar jiwa lara,
Izinku terus menyentuh debungamu,
Walau izinmu sedetik cuma,
Duhai bunga asalnya syurga,
Izinku terus menghirup wangianmu walau secangkir cuma,
Impiku tunggal tiada mendua,
Walau pana, bingung, tangis terus menyerbu luluh jiwa,
Walau jua aksara suci membibir, harum semerbak tiada terhingga,
Aku impi hanya kita bersatu berlembahyung rahmat Yang Maha Kaya,
Terima kasih atas aksara suci mulusmu itu
Duhai 'Bunga Syurga'.
MSI,
Kuala Lumpur, 15/12/2016
Bingung menatap wajah diri nan sepi,
Hina,
Terpana itu,
Terpana syahdu,
Syahdu luka yang mangkir noktahnya,
Buntu,
Bingung itu,
Bingung akal memikirkan layakku,
Siapakah aku,
Lagak sang pengemis hamis,
Aku lelaki yang jua punya tangis,
Tangisku kadang di pundak akalku tiada nilai,
Sadis,
Sedasawarsa kurang delapan ini,
Hadir wanita suci yang bikinku terpana,
mendamparkan aku bingung,
melemaskan aku tangis,
Segalanya kerana aksara suci itu,
C.I.N.T.A
Terpana,
Bingung dan tangis kerana aksara itu,
Aksara 5 yang aku impi tapakku ke syurga
Aku kini, lelaki yang lebih memahami aksara suci itu,
Aksara suci yang perlu dipaut,
Dijunjung pada Yang Satu,
Aksara suci yang kau pamir itu harum,
Seharum namamu bak bunga syurga meranum,
Aksara suci yang kau beriku rasa,
Walau sedikit cuma itu,
Membuat aku celik,
Celik makna hidup,
Aksara suci yang kau siram
Walau setitik cuma,
Buatku tersentak,
Tersentak akan makna hamba hina pada Yang Esa,
Walau aku masih terpana,
Terus bingung dan terkadang tangis membalut,
Aku tegap yakin "bunga syurga" itu bukan kebetulan kosong tak bermaksud,
'Bunga syurga' yang Tuhan hadirkan ini,
Penyuluh jiwa yang bungkam,
Supaya aku tiada samar meraba syurga yang terang,
Bunga syurga yang tuhan semai ini,
Bikin aku bingkas menerpa,
Dari sekilas alpa,
Alpa yang asyik merenjut jiwa fana',
Bunga syurga yang tuhan izinku hidu harumnya,
Menyentakku dari lena sang manusia,
Lena yang memamah tubuh tinggal tiada,
Aku disini terus bingung terpana,
Sang wanita menyerbak harum ini jiwanya disepuh apa?
Ampuh utuh walau disepa ujian edan menggila,
Ku tiada ragu harummu itu syurga berbunga layak asalnya,
Bisaku ingati, aku bukan pemuja wanita,
Cumaku kagum maha hebatnya Tuhan yang mencipta,
Duhai bunga syurga yang bisa menyegar jiwa lara,
Izinku terus menyentuh debungamu,
Walau izinmu sedetik cuma,
Duhai bunga asalnya syurga,
Izinku terus menghirup wangianmu walau secangkir cuma,
Impiku tunggal tiada mendua,
Walau pana, bingung, tangis terus menyerbu luluh jiwa,
Walau jua aksara suci membibir, harum semerbak tiada terhingga,
Aku impi hanya kita bersatu berlembahyung rahmat Yang Maha Kaya,
Terima kasih atas aksara suci mulusmu itu
Duhai 'Bunga Syurga'.
MSI,
Kuala Lumpur, 15/12/2016
Wednesday, 29 April 2015
Jatuh
Saat kau tersembam tersungkur dahulu, kau punya Tuhan untuk kau hulurkan tangan.
Kuat.
Kini kau tersungkur mencium tanah kembali, kau sudah 'tiada' Tuhan.
Celakanya badan.
Bukan kerana Tuhan yang tidak ada,
Tapi kerana tangan kau yang sudah membusuk hina,
Malu ingin dihulur kembali tangan yang pernah disambutNya dulu,
Lantas kau layu, layu menanah dalam kelemasan.
Kuat.
Kini kau tersungkur mencium tanah kembali, kau sudah 'tiada' Tuhan.
Celakanya badan.
Bukan kerana Tuhan yang tidak ada,
Tapi kerana tangan kau yang sudah membusuk hina,
Malu ingin dihulur kembali tangan yang pernah disambutNya dulu,
Lantas kau layu, layu menanah dalam kelemasan.
Saturday, 28 March 2015
Coretan Travelog Umrah 8: Akan ku Jejak Lagi Bumi Barakah Ini.
Tiada penyimpan mohor besar raja-raja yang
membuat pengumuman mulanya berpuasa disini. Malam pertama Ramadhan, manusia
penuh sesak di Masjidil Haram dan di Mekah amnya. Tarawikh pertama di Masjidil
Haram ditunggu-tunggu.
![]() |
| Malam pertama Ramadhan di Masjidil Haram. |
Menakjubkan! Sungguh, pengalaman bertarawikh di Masjidil
Haram benar-benar menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan. 20 rakaat
tanpa henti, dengan hanya rehat sebentar setelah 10 rakaat yang pertama,
bersama ribuan manusia. Letih, namun kepuasan yang tidak terhingga. Ramadhan
yang penuh barakah dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda semakin
merancakkan aktiviti ibadat para jemaah disini. Umrah yang dilaksanakan ketika
Ramadhan dijanjikan pahala yang sama seperti pahala haji. Lantas para peserta
jemaah menggunakan peluang yang ada untuk meraih ganjaran yang ditawarkan oleh
Allah ini.
Berbagai strategi dirancang untuk melaksanakan
umrah ketika bulan puasa ini, memandangkan cuaca panas terik perlu dihadapi.
Ada daripada peserta yang keluar ke Miqat (di Tan’im) pada pukul 1.30 pagi,
untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, kemudian terus melaksanakan
rukun-rukun umrah yang lain sehingga tiba waktu Subuh. Kelebihannya, boleh
membasahi tekak dengan air zam-zam jika terasa haus ketika melaksanakan umrah
tersebut. Tetapi, waktu tidur waktu malam pula terpaksa dikorbankan. Manakala,
sebahagian lagi peserta jemaah menggunakan strategi melaksanakan umrah selepas
waktu Subuh, tidur malam yang mencukupi diperoleh, dan bertenaga melaksanakan
umrah, tetapi, tidak berpeluang menghilangkan dahaga jika keletihan. Berbagai
ragam, semata-mata demi memperoleh redhaNya.
Detik berbuka ditunggu penuh sabar di dalam
Masjidil Haram. Meriah. Sebahagian besar jemaah memenuhi masa dengan bertadarus
Al-Quran, sebahagian lagi melelapkan mata mengumpul tenaga untuk bertarawikh
pada malamnya, ada juga yang duduk memerhati gelagat para jemaah lain.
Menghampiri waktu berbuka, lapik makan dihampar di setiap saf solat, beberapa
anak muda yang berumur dalam lingkungan belasan tahun mengedarkan bungkusan
kurma kepada para jemaah. Selepas seorang datang memberi bungkusan kurma,
datang pula seorang yang lain bersama bungkusan yang baru. Akhirnya, tiga
bungkusan kurma diterima dengan setiap bungkusan terdapat dalam 5-6 biji kurma.
Air zam-zam diisi didalam botol sebagai persediaan menghilangkan dahaga.
Kemudian, datang pula remaja yang lain sambil membawa air teh dan kopi arab
untuk diedarkan kepada para jemaah.
Azan berkumandang, tamar ditelan satu
persatu, hampir 8-9 biji kurma dihabiskan setiap kali berbuka, satu pencapaian
tertinggi, kerana kebiasaannya, hanya 2 biji kurma dihabiskan ketika berbuka.
Tetapi, oleh kerana tiada makanan berat disediakan, hanya tamar yang ada untuk
mengalas perut. Disebabkan hotel penginapan jauh daripada masjid, niat ingin
pulang bagi menikmati makanan lain selepas Maghrib dilupakan. Usai tamat
Tarawikh, barulah perut diisi dengan makanan yang berat.
4 hari Ramadhan di Mekah dinikmati dengan
sepenuhnya. 13 Julai 2013, hari kepulangan ke Malaysia. Perasaan bercampur
baur, sedih untuk meninggalkan kota suci Mekah dan tidak sabar untuk berjumpa
menatap ahli keluarga di tanah air yang sudah hampir setahun tidak bersua.
Kerinduan kepada tanah haram dilepaskan saat tawaf Wida’ dilaksanakan. Azam dipadu untuk menjejakkan kaki lagi ke
tanah yang penuh barakah ini.
Coretan Travelog Umrah 7: Makkah, Bumi Perjuangan, yang kian dilupakan.
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja
lagi, bermaksud, hari untuk pulang ke Malaysia juga semakin hampir. Semakin
menghampiri Ramadhan, Mekah menjadi semakin sesak dengan kehadiran lebih ramai
jemaah. Ada terdengar orang mengatakan bahawa kadang kala musim Ramadhan di
Mekah hampir sama ramainya ketika musim haji! Subhanallah. Perasaan pun tidak
sabar untuk menyambut Ramadhan buat pertama kali di luar Malaysia, khususnya di
tanah suci Mekah ini.
Beberapa hari sebelum Ramadhan, kami
meneruskan ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Mekah. Ziarah kali ini lebih
mencabar. Jabal Nur, bukit yang terletaknya Gua Hira’ menjadi destinasi
seterusnya. Jika sebelum ini Jabal Thur hanya dikunjungi dan dilihat dari
bawah, target kali ini ingin menawan Jabal Nur sehingga ke puncak. Selepas
Solat Subuh, sekadar melepaskan lelah sekejap di bilik hotel. Hampir pukul 6
pagi, kami keluar dari bilik hotel, masing-masing kelihatan bersemangat untuk
menawan Jabal Nur pada pagi ini dan menghayati sirah perjuangan baginda ketika
menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
| Melepaskan dahaga saat mendaki Jabal Nur. |
Ustaz Ahmad sudah menunggu kami. Bas
dinaiki dan terus meluncur membelah kesesakan Mekah yang tidak pernah tidur.
Kata orang, Las Vegas ‘is a city that never sleep’, tapi bagi saya, Mekah lebih
layak menerima ‘title’ tersebut. Bumi tandus yang penuh barokah. Dalam
perjalanan menuju destinasi, Ustaz Ahmad tidak berhenti berkongsi sirah
Rasulullah, khususnya kisah baginda di Gua Hira’. Sekali sekala Ustaz
berceloteh membuat lawak, membuatkan kami semua peserta jemaah tidak kering
gusi. Ustaz mengingatkan kami agar sentiasa ‘enjoy and happy’.
| Sayup kelihatan pemandangan dari puncak Jabal Nur. |
Ini merupakan kali kedua kami tiba dikaki
Jabal Nur. Pertama kali kami sampai ke sini ialah selepas kami menziarahi Jabal
Thur tempoh hari. Sangkaan awal dan semenjak kecil lagi, Jabal Nur tidaklah
berapa tinggi. Sangkaan tersebut meleset sama sekali. Tinggi Jabal Nur lebih
kurang 200meter, dan membuatkannya lebih mencabar ialah kecuraman yang boleh
dikatakan ekstrem. Sesampainya kami di bawah bukit, kami perlu berjalan sedikit
sebelum sampai betul-betul ke tempat permulaan pendakian di kaki bukit.
Perjalanan ke kaki bukit ini pun sudah mencabar apabila kami perlu melalui
jalan raya berbukit yang mana kecuramannya mencecah 60-70 darjah. Tetapi, apa
yang mengujakan kami, kelihatan ramai makcik-makcik dan juga pakcik-pakcik
daripada Turki turun menuruni Jabal Nur melepasi kami, mereka baru selesai
menawan Jabal Nur. Hebat! Sebagai bekalan, beberapa botol air minuman dibeli di
kedai runcit yang terletak di kaki bukit. Ustaz Ahmad memulakan pendakian,
diikuti kami. Tangga yang disediakan sehingga ke puncak bukit sedikit
memudahkan perjalanan. Tetapi, pendakian Jabal Nur, bukit batu tersebut masih
tetap mencabar.
| Manusia berpusu-pusu masuk ke Gua Hira' yang kecil. |
Seperti biasa, dikiri kanan jalan akan ada para peminta
sedekah, tetapi sebahagian mereka mengambil kesempatan untuk membersihkan
sampah-sampah di sepanjang laluan. Ada juga antara mereka yang membantu
memperbaiki tangga yang rosak dengan menyimen kembali laluan.
Ustaz Ahmad amat pantas mendaki, entah
keberapa kali agaknya dia menawan bukit barakah ini. Saya cuba mengekori
merapati beliau. Saat tapak demi tapak diatur, fikiran kembali teringat akan
Rasulullah, bagaimana baginda mengasingkan diri mencari ketenangan daripada
masyarakat Arab Jahiliyyah yang sudah jauh terpesong dari agama samawi.
Bagaimana agaknya baginda mendaki Jabal Nur suatu masa dahulu, tanpa kemudahan
tangga yang tersedia seoerti hari ini, ditambah batu-batu yang berbahaya, curam
yang menggerunkan, sudah tentu perjalanan perjuangan baginda penuh liku.
| Bersama Ustaz Ahmad dan Akhi Amzar di puncak Jabal Nur. |
Walaubagaimanapun,
alangkah runtunnya hati apabila dari bawah sehinggalah tiba di puncak, bukit
yang bersejarah yang menyaksikan
permulaan wahyu kepada nabi tercinta, dipenuhi sampah sarap yang sangat
menyakitkan mata memandang. Botol-botol
kosong menimbun tinggi, beg plastik bersepah dikiri kanan jalan. Lebih kurang
40 minit mendaki, puncak Jabal Nur ditawan.Hanya ucapan Subhanallah terukir
dibibir saat mata terpaku melihat pemandangan Mekah dari puncak bukit. Beberapa
bukit kecil memenuhi Mekah. Zam-Zam Tower berdiri megah, menghalang Masjidil
Haram daripada pandangan.
| Pemandangan daripuncak Jabal Nur. |
Dari puncak, terserlah identiti kota Mekah yang
berbumi tandus dan berbukit bukau, tetapi menjadi makmur dengan kehadiran
Islam.
Diatas puncak, terdapat sebuah kedai yang
serba sederhana, menjual air minuman dan juga barang-barang seperti tasbih
kepada pengunjung. Berjalan sedikit ke hadapan, tersergam Gua Hira’ yang
terletak sedikit kebawah bukit, lebih kurang 5 meter dari puncak. Ramai orang
sedang menunggu giliran untuk memasuki gua tersebut yang hanya mampu memuatkan
seorang atau dua dalam satu-satu masa. Membayangkan situasi Rasulullah ketika
masa dahulu, sememangnya Gua Hira’ di Jabal Nur ini tempat yang terbaik untuk
mencari ketenangan daripada hiruk pikuk manusia, aman damai.
| Sedih, Jabal Nur kelihatan seperti tempat pembuangan sampah. |
Tetapi seperti
sebelumnya, keadaan puncak yang turut dikotori dengan sampah sarap yang dibuang
oleh para pengunjung amat menyedihkan hati. Perasaan marah menjadi membara
apabila melihat pengunjung yang sedang menunggu giliran memasuki Gua Hira’
mencampak botol kosong dan sampah lain ke bawah bukit sewenang-wenangnya.
Sedangkan Allah dan Rasulullah amat mencintai kebersihan. Hanya keluhan berat
yang mampu kami keluarkan. Setelah puas menghayati pemandangan, Ustaz Ahmad
memberi sedikit pengisian kepada para peserta jemaah mengenai perjuangan
baginda Rasulullah, dan juga peringatan kepada kami dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang pelajar Muslim.
| Pengisian ringkas daripada Ustaz Ahmad kepada para jemaah. |
Sebelum turun, akhi Mus’ab mengagih-agihkan
plastik sampah kepada para peserta, dengan misi untuk mengumpul seberapa banyak
sampah yang boleh sepanjang perjalanan menuruni Jabal Nur nanti.
Sekurang-kurangnya kita tidak sekadar mengeluh dan mengeluarkan komen terhadap
apa yang berlaku, sebaliknya kita membantu menyelesaikan masalah walaupun
kesannya mungkin sedikit. Keletihan terpancar dimuka setiap peserta.
Coretan Travelog Umrah 6: Bumi Tarbiyah, Pengubat Jiwa Yang Lelah.
Ziarah pada hari ke-3 tersebut diteruskan lagi
dengan melalui Muzdalifah dan Mina. Ketika itu, kawasan tersebut kosong tiada
penghuni, yang kelihatan hanyalah khemah-khemah putih yang mungkin bilangannya
mencapai ratusan atau ribuan. Masing-masing menanti kehadiran jemaah haji yang
akan berkunjung tiba beberapa bulan sahaja lagi.
Kemudian, kami berkunjung ke Ja’ranah iaitu
salah satu tempat Miqat. Kami merancang untuk melakukan umrah untuk kali kedua
pada hari ini. Di Ja’ranah, kami mengambil kesempatan untuk membersihkan diri,
berihram dan berniat ihram. Masjid Ja’ranah dipenuhi dengan jemaah daripada
Indonesia dan juga Malaysia yang ingin mengerjakan umrah. Dalam perjalanan pulang ke hotel, azam disemat
didalam diri untuk melakukan umrah kali ini lebih baik daripada umrah pertama
yang dilakukan ketika pertama kali menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.
![]() |
| Laluan untuk berSa'i. |
Dengan
keadaan diri kali ini yang lebih bertenaga dan bersedia mental dan fizikal
berbanding umrah pertama yang dilaksanakan ketika badan lemah keletihan.
Ditambah pula umrah kali ini saya dapat melakukannya berseorangan tanpa perlu
mengikut atau menunggu sesiapa, doa
dipanjatkan agar umrah kali ini mendatangkan perasaan yang lebih khusyuk
dan dapat disempurnakan dengan lebih
baik. Kami tiba di hotel dalam pukul 10.30 pagi, saya merancang untuk
melaksanakan umrah selepas Asar selepas memikirkan cuaca yang amat panas jika
dilaksanakan selepas Zohor manakala orang ramai akan lebih sesak diwaktu malam.
Ibadat Umrah merupakan ibadat yang melibatkan fizikal, jadi, perancangan yang
rapi perlu dibuat agar kita tidak tersilap langkah sehingga memberi kesan buruk
kepada tubuh badan, yang mana akan merugikan diri kita sendiri apabila ibadat
seterusnya tidak dapat dilaksanakan.
Alhamdulillah, umrah yang dilaksanakan dalam
keadaan yang lebih bersedia dan bertenaga akan mendatangkan keasyikan yang amat
mendalam. Saat tawaf mengelilingi kaabah, terasa betapa hina dan kerdilnya diri
ini, mengharapkan keampunan dan pertolongan daripada Allah dibawah panas terik
mentari. Amat kagum melihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang turut
bersungguh-sungguh melaksanakan tawaf di bawah kepanasan mentari yang memerah
keringat. Semakin teruja apabila melihat pakcik yang bertongkat tetap terus
melangkah tapak demi tapak menyelesaikan rukun umrah ini. Kesilauan sinaran
mentari musim panas yang dipantulkan lantai marmar memeningkan kepala kerana
keadaan diri ini yang sememangnya tidak tahan silau. Walaubagaimanapun, klip
kaca mata hitam yang dibawa membantu mengurangkan ketidakselesaan.
Dari
kejauhan,orang ramai kelihatan berpusu-pusu saling tolak-menolak untuk mengucup
Hajarul Aswad, bahkan ada beberapa wanita turut cuba beradu tenaga mengejar
sunnah nabi tersebut. Kadang kala, saya didatangi oleh pemuda-pemuda yang
bercakap didalam bahasa Indonesia, menawarkan untuk membawa saya mengucup
Hajarul Aswad. Tetapi saya menolaknya apabila
mengingatkan pesanan sahabat yang bercerita mengenai ‘servis’ ini yang
diakhirnya, akan mengeringkan wang kita, bahkan bayaran yang dikenakan nanti
boleh mencecah sehingga 500 Riyal. Langkahan diatas lantai marmar semasa
melakukan tawaf di’hibur’kan dengan bunyi mesin gerudi, ketukan-ketukan besi
pekerja-pekerja pembinaan yang sedang giat melakukan pembesaran Masjidil Haram.
Di dataran tawaf yang memutih ini, pelbagai gelagat manusia dapat disaksikan.
‘Tok Sheikh’ Arab yang menjaga Maqam Ibrahim memarahi jemaah-jemaah yang
mengganggu kelancaran pergerakan tawaf apabila berhenti di maqam tersebut,
bahkan ada yang mengucup-ngucup cermin yang menutupi kesan tapak kaki Nabi
iBrahim tersebut, lalu kedengaranlah suara ‘Tok Sheikh’ tersebut menjerit;
“Syirik!!Harromm!!”. Di sekeliling Kaabah pula, ada sebahagian jemaah melekapkan
muka ke dinding Kaabah, dan ada pula yang mengusap-usap Kaabah menggunakan
tangan. Didalam kesesakan manusia yang sedang memperhambakan diri kepada
Tuhannya, kadang kala dilanggar oleh jemaah lain yang mengejar kumpulannya
dihadapan. Kesabaran benar-benar teruji sepanjang berada di tanah suci ini. Ego
perlu dibuang jauh-jauh.
Selesai melaksanakan tawaf dan solat sunat tawaf,
lantas tong air zam-zam dicari untuk melepaskan tekak yang kekeringan dahaga.
Setelah puas menikmati air zam-zam dan melepaskan lelah, disambung ibadat umrah
dengan bersa’i pula. Laluan sa’i di tingkat 2 dituju memandangkan laluan di tingkat
1 sentiasa sesak dengan jemaah-jemaah lain. Tempat sa’i yang berhawa dingin
mengurangkan keletihan. Tetapi kaki pula yang kesejukan menapak diatas lantai
marmar. Ah!manusia memang tidak pernah bersyukur dan puas. Dari Safa menuju ke
Marwah, kemudian berpatah balik ke Safa, sehinggalah selesai 7 pusingan. Alhamdulillah,
berasa lebih berpuas hati dengan umrah kedua yang dilakukan ini. Setelah
selesai umrah, doa pula dipanjatkan semoga semua ibadat yang dilakukan diterima
olehNya.
Coretan Travelog Umrah 5: Makkah, bumi 'seribu bukit'.
Perasaan syahdu amat dirasa saat solat
berimamkan Imam Abdul Rahman As-Sudais, antara imam yang diminati bacaannya.
Alunan bacaan ayat suci Al-Quran beliau yang menusuk jiwa memang mengasyikkan.
Satu peluang yang sudah ditunggu sekian lama, yang mana sebelum ini sekadar
mendengar bacaannya di corong radio ataupun televisyen.
| Suasana Makkah yang sentiasa sibuk. |
Salah satu kelainan yang terdapat di Mekah
berbanding Madinah ialah bilangan peminta sedekah yang amat ramai disini. Lebih
menyedihkan, terdapat beberapa kanak-kanak perempuan yang kudung tangan
diletakkan ditepi-tepi jalan menghala ke Masjidil Haram untuk meminta sedekah.
Apa yang menyedihkan ialah kelihatan kanak-kanak yang tidak berdosa ini seperti
‘dikud ungkan’ atau ‘dicacatkan’ dan terdapat sindiket yang mengerah mereka
untuk meminta sedekah. Tidak kurang juga ‘pak-cik2’ yang tempang atau
‘ditempangkan’ kaki mereka turut meminta sedekah daripada jemaah yang lalu
lalang. Akhi Mus’ab berkongsi nasihat: “Walaupun pemberian yang kita beri tidak
mampu untuk menyelesaikan masalah dasar (‘root’) mereka, sekurang-kurangnya,
kita niatkan untuk bersedekah”.Alangkah sedih dan hibanya memikirkan begini
jadinya nasib umat Islam. Kadang-kadang tidak sanggup rasanya untuk melihat
keadaan mereka yang menyayat hati, dipergunakan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa kepada Allah agar terus
memelihara dan meninggikan kembali martabat umat Islam.
| Jabal Thur yang tinggi sayup mata memandang. |
Hari ke-3 di Mekah, diteruskan dengan ziarah
ke Jabal Thur, bukit yang terletaknya Gua Thur. Gua yang menyaksikan perjuangan
Rasulullah berhijrah ke Madinah. Sayup kelihatan puncak Jabal Thur yang
menjulang tinggi daripada bawah. Menghayati Sirah perjuangan Rasulullah dan
sahabat baginda, Abu Bakar yang menemani baginda berhijrah ke Madinah,
mempertaruhkan nyawa daripada dibunuh oleh musyrikin Mekah. Ziarah kemudiannya
diteruskan ke Jabal Rahmah. Ustaz Ahmad, mutawif dan jugak ‘juru pandu
pelancong’ kami menceritakan bahawa di Jabal Rahmah lah tempat dimana Adam dan
Hawa bertemu setelah dipisahkan saat dikeluarkan dari syurga. Lantas saya
bertanya jika terdapat kisah tersebut didalam Al-Quran ataupun mana-mana dalil
yang mengisahkan peristiwa tersebut. Jawapan ustaz, kisah tersebut tiada
didalam Al-Quran tetapi ada diceritakan didalam kitam Raheeq Makhtum dan Zaadul
Ma’ad (maaf jika salah informasi). Sehingga kini (26/7), saya masih belum
memeriksa kisah ini didalam kedua-dua kitab tersebut. Ustaz turut menceritakan
bahawa digalakkan untuk mendoakan jodoh kita diatas bukit ini (Wallahua’lam,
saya tidak tahu dalilnya, terlupa untuk bertanya ustaz).
| Di puncak Jabal Rahmah, menahan panas mentari. |
Seperti hari-hari sebelumnya, panas terik
terus cemerlang memancar ke bumi Mekah. Walaubagaimanapun, itu tidak mematahkan
semangat ramai orang yang tetap berpusu-pusu memanjat Jabal Rahmah tersebut.
Sepanjang memanjat Jabal Rahmah tersebut, kelihatan beberapa peminta sedekah
dikiri kanan bukit yang cacat atau ‘dicacatkan’ beberapa bahagian badan mereka.
Perasaan hiba memikirkan nasib umat Islam kembali lagi dan semakin memuncak
apabila sampai puncak bukit, terdapat seorang kanak-kanak perempuan berkulit
hitam (tiada unsur rasis disini) yang kudung kedua-dua belah tangannya
terbaring meminta sedekah daripada jemaah yang sedang bersesak-sesak diatas
bukit tersebut. Lantas saya terfikir, bagaimana kanak-kanak tersebut, dengan
kekurangan yang beliau mampu memanjat bukit tersebut.
| Sayu melihat keadaan ummat yang berpusu membuat perkara sia-sia. |
Diatas bukit ini juga kami menyaksikan orang
ramai berebut-rebut untuk menulis nama pada satu monument konkrit yang dibina
ditengah-tengah puncak bukit. Suasana tersebut sangat pelik, padanlah, Ustaz
Ahmad melarang kami untuk turut melakukannya, kerana ia perbuatan khurafat jika
meyakini dengan menulis nama diatas batu tersebut, kasih sayang akan terbina. ‘Criminal
aqidah’ kata ustaz. Kami berlalu turun daripada bukit meninggalkan orang ramai
yang masih bersesak berebut untuk mencoret nama pada monumen tersebut.
Coretan Travelog Umrah 4: Angin Makkah Yang Diimpi
Setelah 4 hari berada di Madinah, tiba masanya
untuk bergerak ke Mekah bagi mengerjakan umrah. Perasaan ketika ini bercampur
baur, sedih, gembira, berdebar-debar untuk meninggalkan kota Madinah menuju ke
tanah suci Mekah. Perjalanan ini akan mengambil masa selama hampir 8 jam dan
akan berhenti sebentar di Bir Ali untuk memakai dan berniat ihram. Hampir jam
3.00 petang, kesemua peserta jemaah bergerak menaiki bas meninggalkan Madinah.
Cuaca diluar sememangnya amat panas memandangkan Arab Saudi sedang berada dalam
musim panas. 5 orang peserta brothers berada ditempat duduk hadapan bas,
manakala baki 20 peserta sisters berada ditempat duduk belakang bas. Hati
kembali ditaut rasa pilu meninggalkan kota Madinah saat melalui kawasan tepi
Perkuburan Baqi’, dari jauh kelihatan kubah hijau Masjid Nabawi, yang semakin
lama semakin hilang dari pandangan.
Saat berada didalam bas, ‘air-cond’ yang
dipasang terasa kurang sejuk, tetapi memandangkan peserta jemaah lain hanya
mendiamkan diri, saya turut membisu. Dalam perjalanan, ada sebahagian daripada
kami yang menyambung bacaan Al-Quran, ada yang lelap merehatkan diri, ada yang
bersembang merapatkan ukhuwah, dan ada juga yang menikmati pemandangan pinggir
kota Madinah dari tingkap bas.
Sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan
hambanya melalui hidup ini tanpa ujian, kerana ujian itu akan mendekatkan hamba
padaNya. Ujian daripadaNya tiba lagi. Kali ini benar-benar menduga iman yang
senipis kulit bawang ini. Baru sahaja bas bergerak dalam 10 minit, tiba-tiba
enjin bas mati ditengah-tengah jalan raya. Pendingin udara bas terus terpadam.
Dengan bas yang masih bergerak perlahan walaupun enjin sudah mati, pemandu
membawa bas tersebut ketepi jalan. Dicuba berkali-kali untuk menghidupkan enjin
bas, malangnya, masih gagal. Didalam bas yang berada di tepi jalan pinggir
Madinah, bersama panas terik matahari, peluh semakin deras mengalir. Perasaan
ketika itu hanya Allah yang tahu.
Kesemua peserta jemaah senyap membisu,
beristighfar. Perasaan sebak memikirkan dosa-dosa yang mungkin menjadi asbab
kepada ujian yang sungguh mencabar ini. Lantas dipohon, “Jika ujian ini
disebabkan oleh dosa-dosa diri yang menggunung tinggi , ampunkan aku ya Allah,
berilah peluang kepada hamba-hamba ini untuk datang menemuimu, bersujud
menghadapmu dihadapan Kaabah”. Kedengaran seorang sister dari belakang bas
menyahut: “Perbetulkan niat kita…”. Lantas terfikir, apakah niatku menuju ke
Mekah? Adakah semata-mata kerana Dia? Disebabkan bas yang masih tidak hidup
walaupun dicuba beberapa kali, lantas, ketua rombongan, akhi Mus’ab menyuruh
semua peserta jemaah keluar daripada bas dan mencari tempat berteduh, walaupun
diluar juga tetap panas, tetapi kurang berbanding terus berada didalam bas.
Sedang pemandu bas sedang berusaha membaiki
kerosakan, peserta brothers duduk berteduh ditepi jalan, melayan perasaan
masing-masing. Manakala sisters pula duduk berkumpul, mungkin membuat muhasabah
secara berjemaah. Tidak sampai 10 minit, berita gembira datang apabila bas
berjaya dihidupkan kembali. Lalu, perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke
Bir Ali. Di Bir Ali, kami menyempurnakan salah satu rukun umrah, iaitu berihram
dan berniat ihram. Memandangkan perjalanan ke Mekah masih berbaki lebih 7
jam, bas ditukar dengan bas yang lebih
baik sebelum kami bergerak meninggalkan Bir Ali. Dengan berpakaian ihram,
beg-beg dipunggah kedalam bas yang baru. Saat berada didalam bas, terasa
kebesaran Allah, ujian yang diberikan sebentar tadi menyebabkan kami mendapat
bas yang lebih baik untuk meneruskan perjalanan menuju Mekah, yang mana
pendingin udara bas tersebut lebih nyaman. Keika perjalanan, akibat strategi
yang salah, saya langsung tidak dapat tidur sepanjang 8 jam lebih perjalanan
kerana telah meminum setin energy drink, Bison yang dibeli dalam
perjalanan.
Hampir pukul 12 tengah malam, kami memasuki
kota Mekah, dari kejauhan dapat dilihat Masjidil Haram yang terang benderang.
Semakin menghampiri MasjidilHaram, semakin kelihatan kren-kren pembinaan yang
tinggi mengelilingi masjid, kerana projek pembesaran sedang giat dilaksanakan.
Runtuhan-runtuhan bangunan dikiri kanan jalan berdekatan Masjidil Haram turut
menyambut ketibaan kami disamping debu yang meliputi Mekah, hasil projek
runtuhan-runtuhan tersebut. Kelihatan juga papan tanda model hotel-hotel mewah
yang akan dibangunkan dikawasan runtuhan bangunan tersebut. Hanya keluhan mampu
dilepaskan. Kesesakan jalan raya di Mekah berdekatan Masjidil Haram yang amat
berbeza berbanding Madinah turut mengalu-alukan kehadiran kami. Sebelum terus
mengerjakan umrah, kami menuju ke hotel penginapan terlebih dahulu untuk
meletakkan barang-barang dan menyegarkan tubuh badan yang sudah keletihan
selepas 8 jam lebih perjalanan.
Untuk umrah kali pertama ini, kesemua peserta
melaksanakannya secara bersama-sama. Keluar dari hotel penginapan menuju ke
Masjidil Haram, kalimat ‘Labbaikallahumma labbaik, Laibbaikala syarikala
kalabbaik,..’ tidak putus-putus dilaungkan.
Hotel kami menginap agak jauh dari Masjidil Haram, hampir 20minit
berjalan kaki, ditambah kesesakan manusia bercampur kenderaan bersimpang siur. Perasaan
ketika itu bercampur baur, teruja melihat manusia yang sungguh ramai walaupun
jam sudah menunjukkan 12 lebih, berdebar-debar untuk menatap Kaabah buat
pertama kali, dicampur badan yang sudahpun keletihan menempuh perjalanan yang
amat panjang tanpa tidur dan rehat.
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 3 pagi,
kami semua dapat menyempurnakan kesemua rukun umrah yang diakhiri dengan
tahallul. Pertama kali didalam hidup setelah 21 tahun, kepala ini dicukur habis
sehingga licin. Selepas Subuh, kesemua peserta jemaah terus melelapkan mata
dibilik hotel, mengumpul kembali tenaga yang hilang.
Sunday, 28 July 2013
Coretan Travelog Umrah 3: Haruman Madinah Yang Dirindui.
Kesempatan berada di Madinah cuba untuk digunakan
sebaiknya. Terbayang bagaimana saat Rasulullah bersama kaum Muhajirin sampai di
kota ini dan disambut dengan meriah oleh kaum Ansar lebih 1400 tahun yang lalu.
Hadis Thauban r.a, bekas
hamba Rasulullah s.a.w: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah
kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri
pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit
Uhud. (Hadis 1575, Sahih Muslim)
Saat ini, terfikir
bagaimana agaknya kematian menjemput diri ini nanti, adakah kematian itu nanti
dalam redha Allah atau dalam kemurkaan Allah. Terbayang pula bagaimana agaknya
solat jenazah untu diri ini nanti, adakah disolatkan dengan sempurna oleh ramai
jemaah seperti di Masjid Nabawi ini? Peringatan kepada diri ini dan juga
sahabat-sahabat yang lain agar sentiasa berdoa kematian kita dalam keadaan
husnul khatimah.
| Raudhah, sentiasa sesak dan penuh. |
Raudhah yang terletak didalam Masjid Nabawi merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Sudah tentu tempat ini sentiasa penuh dan menjadi tumpuan ramai jemaah. Suasana jemaah yang berebut2 untuk masuk ke kawasan Raudhah sememangnya mencabar kesabaran kita. Disaat inilah kita yang berada dalam situasi ini dapat mengasuh kesabaran diri dan meleturkan sifat-sifat mazmumah kita. Memandangkan kawasan Raudhah sentiasa penuh dan sesak, saya dan sahabat merancang untuk datang ke Masjid Nabawi dan masuk ke Raudhah pada pukul 1.30 pagi. Disangkakan jemaah akan kurang pada waktu itu, rupanya sangkaan kami amat meleset. Saat tiba berdekatan Raudhah lebih kurang jam 1.30 pagi, jemaah sudah berpusu-pusu menunggu di tepi pagar sementara yang diletakkan ketika para pekerja sedang membersihkan kawasan Raudhah tersebut. Apabila pagar tersebut dibuka sahaja, berkejaranlah para jemaah berebut untuk masuk ke kawasan Raudhah sehingga melanggar jemaah-jemaah lain yang sedang duduk beribadat, bahkan ada jemaah yang sedang duduk tercabut serban yang dipakai olehnya akibat dilanggar oleh jemaah yang berkejaran masuk kedalam Raudhah. Mujurlah pesanan ustaz sentiasa kami ingat agar tidak mencipta dosa dalam usaha untuk membuat ibadat, kerana perjalanan umrah ini melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan antara manusia. Kami hanya mampu tercengang dan menggeleng kepala melihat situasi yang berlaku didepan mata itu.
Keberadaan di Madinah juga
dipenuhkan dengan menziarahi tempat-tempat bersejarah dalam Islam. Bukit Uhud
antara tempat bersejarah yang dituju dan dilawati. Sememangnya, perasaan sebak
akan menerpa saat tiba di tanah yang menyaksikan sejarah dimana pasukan tentera
Islam menentang kaum musyrikin Mekah didalam Perang Uhud. Saat berdiri
dikawasan medan pertempuran perang Uhud, sirah Rasulullah menerpa di minda
dimana baginda tercedera didalam perang ini manakala ramai sahabat termasuk
Saidina Hamzah menemui syahid dalam mempertahankan Islam. Kesempatan berada
disana digunakan untuk memanjat dan berada diatas bukit pemanah ketika
berlakunya perang Uhud tersebut. Panas terik yang dipancarkan matahari di
Madinah tidak melunturkan semangat untuk merasa sendiri pengalaman berada diatas
bukit pemanah tersebut. Disinilah kita dapat bermuhasabah dengan lebih mendalam
bagaimana Rasulullah memperjuangkan agama yang suci ini sehingga berdarah
tercedera manakala para sahabat pula menemui syahid, sedangkan kita masih mampu
bersenang lenang dengan segala kesenangan dan mudah mengeluh dengan ujian kecil
yang menimpa. Keberadaan di medan ghazwah Uhud ini mengingatkan kepada
kalamullah ayat 154 surah Al-Baqarah:
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap
orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan
(sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.
Beberapa tempat bersejarah
turut dikunjungi seperti Masjid Quba’ dan kami juga melalui tempat berlakunya
Ghazwah Khandak.
Menziarahi maqam Rasulullah
yang terletak didalam Masjid Nabawi juga merupakan salah satu nikmat ketika
berada di Madinah. Setiap hari melalui depan maqam Rasulullah membuatkan kita
merasa seperti dekat dengan baginda. Tetapi, cepat-cepat perasaan tersebut cuba
di’neutral’kan dengan mengatakan kepada diri: “Kita akan betul-betul dekat
dengan Rasulullah jika kita sentiasa mengamalkan sunnah dan suruhan baginda,
bukannya sentiasa berada dekat dengan maqam baginda tanpa berbuat
apa-apa”. Dan semestinya, sunnah baginda
yang terbesar ialah berdakwah menyebarkan agama Islam yang benar. Pada hari
terakhir di Madinah, perasaan sebak menusuk-nusuk dada, alangkah beratnya rasa
untuk meninggal Madinah yang penuh barakah.
Perasaan hiba dan sedih yang
memuncak dirasai saat mahu meninggalkan Masjid Rasulullah. Saat melepasi maqam
Rasulullah buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah, perasaan hiba tidak
dapat dibendung lagi, sama seperti jemaah-jemaah lain yang berada disekeliling,
doa dipanjatkan agar dapat bertemu baginda di kampung halaman syurga kelak. Terasa
amat berat hati untuk meninggalkan Masjid Nabawi, yang bermaksud meninggalkan
maqam Rasulullah. Bagaimanapun, cepat-cepat istighfar diucapkan agar niat tidak
terpesong, kerana tempat yang dituju selepas ini merupakan Masjidil Haram yang
terletaknya Baitullah al-Haram, yang mana cinta dan kasih kepada Allah perlu
berada lebih tinggi diatas cinta dan kasih kepada Rasulullah.
![]() |
| Maqam Rasulullah (hujung kiri) yang sentiasa dipenuhi jemaah. |
Kepulangan ke
bilik hotel sebelum berangkat ke Mekah dihiasi alunan lagu Law Kana Bainana,
yang sudah semestinya menambahkan lagi perasaan sebak. Sekali lagi dibisikkan
kedalam hati, “Jika benar cintakan Rasulullah, laksanakan sunnah baginda,
penuhi suruhan baginda, ikut jejak langkah baginda, itu Rasulullah lebih cintai
daripada sekadar melayan perasaan hiba dan sebak sebegini”.
Coretan Travelog Umrah 2: Membelah Awan,Angin Madinah.
Hari penerbangan, 28/6/2013. Ketika ini, waktu Subuh di UK
ialah seawal 3 pagi, dan menjadi kebiasaan untuk pelajar Malaysia disana untuk berjaga
kemudian tidur selepas menunaikan solat Subuh. Ujian daripada Allah terus
menjengah. Bas yang akan membawa saya dari Southampton ke Heathrow
Airport,London akan bertolak pada pukul 6 pagi. Tetapi, saat terjaga dari
tidur, jam sudah menunjukkan jam 5.46 pagi!
Dalam keadaan tergesa-gesa dan cemas, lantas dicapai kesemua bagasi besar dan beg keluar daripada rumah, tanpa sempat bersiap dengan sempurna. Sambil berlari selaju yang mungkin menyeret beg-beg besar ke ‘bus stop’ National Express yang akan membawa saya ke Heathrow Airport, pelbagai perkara bermain di minda memikirkan ujian terbaru yang Allah turunkan ini, adakah kerana dosa diri ini yang terlalu menimbun tinggi. Perasaan ketika itu sungguh cemas. Alhamdulillah, berjaya sampai ke bus stop tersebut hanya beberapa minit sebelum 6 pagi dan disambut dengan senyuman Abang Idham, seorang post-grad (pHd) di Southampton yang sudah berjanji malam sebelumnya untuk datang menghantar saya menaiki bas. Saat tiba di Heathrow Airport, barulah saya dapat menarik nafas kelegaan, lalu masa menunggu ‘flight’ yang ada digunakan untuk membersihkan diri seadanya dan menunaikan solat sunat musafir yang sepatutnya sudah pun dilaksanakan sebelum keluar daripada rumah pagi tersebut.
Dalam keadaan tergesa-gesa dan cemas, lantas dicapai kesemua bagasi besar dan beg keluar daripada rumah, tanpa sempat bersiap dengan sempurna. Sambil berlari selaju yang mungkin menyeret beg-beg besar ke ‘bus stop’ National Express yang akan membawa saya ke Heathrow Airport, pelbagai perkara bermain di minda memikirkan ujian terbaru yang Allah turunkan ini, adakah kerana dosa diri ini yang terlalu menimbun tinggi. Perasaan ketika itu sungguh cemas. Alhamdulillah, berjaya sampai ke bus stop tersebut hanya beberapa minit sebelum 6 pagi dan disambut dengan senyuman Abang Idham, seorang post-grad (pHd) di Southampton yang sudah berjanji malam sebelumnya untuk datang menghantar saya menaiki bas. Saat tiba di Heathrow Airport, barulah saya dapat menarik nafas kelegaan, lalu masa menunggu ‘flight’ yang ada digunakan untuk membersihkan diri seadanya dan menunaikan solat sunat musafir yang sepatutnya sudah pun dilaksanakan sebelum keluar daripada rumah pagi tersebut.
![]() |
| Sahabat sepermusafiran, Amzar (kiri) dan seorang warga Saudi yang duduk di 'seat' sebelah. |
Alhamdulillah, kesemua 25 peserta (5 brothers, 20 sisters)
tidak menghadapi sebarang masalah sehinggalah sampai ke Jeddah Airport, Arab
Saudi lebih kurang 9 malam. Saat menjengah keluar daripada pintu Jeddah
Airport, angin panas yang mungkin mencecah sehingga 40 darjah celcius menerpa
wajah, musim panas yang sedang dialami Arab Saudi sememangnya menguji diri ini.
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas menuju Madinah, perasaan tidak sabar
untuk melihat Masjid Nabawi semakin melonjak-lonjak. Perjalanan dari Jeddah ke
Madinah sejauh 400km yang mengambil masa hampir 7 jam digunakan untuk berehat.
| Masjid Nabawi yang penuh barakah. |
Saat tiba di kota
Madinah, sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandangkan daripada Masjid Nabawi.
Satu perasaan yang hebat menerpa diri, yang tidak mampu untuk digambarkan
dengan kata-kata. Dari dalam bas, mata ini menyaksikan manusia berpusu-pusu
menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan kewajipan fardhu Subuh,
walaubagaimanapun, saat itu, Masjid Nabawi masih belum dapat dilihat dengan
jelas dari dalam bas. Perasaan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke masjid
nabi membuak-buak, lantas beg-beg diangkut daripada bas kedalam bilik hotel
sepantas yang mungkin. Tika pertama kali mata ini menyaksikan Masjid Nabawi
dihadapan mata,disebalik kebingitan manusia-manusia lain yang ramai
disekeliling, perasaan hening dan sebak
menerpa kembali. Tiada ucapan lain selain syukur dan istighfar kepada Allah
kerana membenarkan kaki yang hina ini untuk memijak masjid yang suci dan
mengumpul 1001 sejarah Rasulullah dan Islam. Alhamdulillah wa Astaghfirullah.
Saturday, 27 July 2013
Coretan Travelog Umrah 1 : Perancangan dan Ujian
Hasrat menjejakkan kaki ke tanah suci seawal usia yang
mungkin sudah lama dipendam sejak masuk ke Kolej MARA Banting. Disebabkan diri
ini berasal dari keluarga yang sederhana, mana mungkin saya dapat pergi ke
Mekah dan Madinah menggunakan duit ‘sponsor’ daripada ibu bapa. Pilihan yang
ada, perlu berusaha sendiri mengumpul wang untuk ke sana. Peluang dapat
menyambung pelajaran ke luar negara (United Kingdom) merupakan rezeki yang
Allah limpahkan kepada diri ini. Dengan elaun bulanan yang diterima agak besar,
hasrat untuk ke tanah suci semakin cerah, lantas, salah satu niat yang disemat
saat menjejakkan kaki ke United Kingdom ialah untuk mengumpul duit secepat
mungkin dan memenuhi cita-cita ke tanah suci Mekah dan Madinah.
Tetapi, hasrat ke tanah suci berperang pula dengan impian
untuk berjalan-jalan menjelajah negara sekitar UK seperti Turki, Spain,
Netherlands,Germany dan lain-lain, kerana kos ke tanah suci yang tinggi. Saya
hanya ada dua pilihan, sama ada mahu menggunakan kesemua duit yang dikumpul
untuk mengerjakan umrah di tanah suci ataupun membelanjakan duit tersebut untuk
menjelajah negara-negara Eropah yang lain, yang sudah semestinya, 4 atau 5
negara boleh dikunjungi hasil duit
tersebut. Lantas, telefon diambil, dan nombor telefon emak didail untuk meminta
pandangan beliau. Kata-kata emak di hujung telefon meyakinkan diri ini:
“Selesaikanlah dahulu umrah, berjalan ke negara orang itu lain kali pun boleh,
bimbang kita tidak dipanjangkan usia tanpa sempat ke tanah suci”. Lantas borang
pendaftaran Umrah Summer dan Ramadhan terus diisi tanpa ragu-ragu.
Sememangnya, perjalanan untuk menemui Dia bukanlah suatu
yang mudah, ujian akan datang silih berganti. Apabila melihat wang yang ada
selepas segala bayaran ke tanah suci telah diselesaikan, saya dan sahabat
merancang untuk berjaulah ke kota metropolitan Paris beberapa minggu sebelum
terbang ke tanah suci. Tempahan tiket keretapi Eurostar dan hotel telah dibayar.
Tetapi Allah ialah sebaik-baik perancang, passport yang dihantar untuk memohon
visa umrah dari pihak Saudi tidak dapat dipulangkan dalam masa yang dijanjikan,
dan ia mengambil masa yang amat lama berbanding biasa. Hal ini kerana pihak
Saudi dalam proses untuk mengurangkan jumlah jemaah umrah dan haji disebabkan pembinaan
dan pembesaran sedang giat dijalankan di sekitar Masjidil Haram. Disebabkan
kelewatan pemulangan passport ini, perancangan untuk ke Paris terpaksa
dilupakan dan lebih perit, wang beberapa ratus Pound Sterling yang telah
dibayar untuk tempahan tiket keretapi dan hotel di Paris hangus begitu sahaja.
Lalu, dibisikkan didalam hati, “Ini adalah kifarah dosa yang Allah turunkan
kepada diri ini sebelum Dia benarkan diri yang hina ini menghadap Dia di
Baitullah Al-Haram”.
Ujian daripadaNya tidak berhenti sekadar disitu. Saat
passport dan visa diterima semula beberapa hari sebelum berangkat ketanah suci,
satu berita diterima iaitu hanya 25 orang diluluskan visa umrah daripada
bilangan asal peserta, iaitu lebih 40 orang. Alhamdulillah, saya termasuk
didalam senarai 25 orang yang mendapat visa, lalu muhasabah bertalu-talu
menerpa diri ini. Pelbagai persoalan bermain-main di minda. Dengan diri yang
penuh dosa ini, mengapa Allah memilih aku untuk pergi dahulu, apakah pula
perancangan Dia? Akhirnya, kesimpulan dibuat, “Allah membenarkan aku pergi
dahulu ke tanah suci kerana akulah yang paling banyak kekhilafan dan dosa
berbanding yang lain”.
Friday, 22 March 2013
Kembara Ilmu United Kingdom
Bismillahirrahmanirrohim. Perkongsian ini bukanlah untuk
mengagung-agungkan tanah penjajah United Kingdom. Tetapi sekadar ingin
berkongsi pengalaman sepanjang berada di bumi ini, terutama kepada
pelajar-pelajar yang sedang berkira-kira ingin menyambung pelajaran ke luar negara,
tetapi masih samar-samar untuk membuat pilihan negara. InsyaAllah saya akan
berkongsi tentang beberapa aspek tentang kehidupan di United Kingdom yang
sering pelajar tertanya-tanya.
SISTEM PEMBELAJARAN
UK memang terkenal sebagai satu negara yang terkehadapan dalam
bidang pendidikan, dan beberapa universiti masyhur seperti University of
Cambridge, University of Oxford, Imperial College London, University College
London, dan lain-lain ada di sini. Pada pendapat saya, tidak terlalu besar
jurang perbezaan silibus pembelajaran yang diguna pakai di Malaysia dan UK,
tetapi, dari aspek tenaga pengajar dan cara pembelajaran, mungkin ada sedikit
perbezaan. Saya tidak berniat untuk merendahkan tenaga pengajar di Malaysia,
tetapi memang tidak dapat disangkal bahawa kebanyakan tenaga pengajar di university-universiti
di UK terutama ‘top’universiti terdiri daripada orang-orang yang hebat dan diiktiraf
dunia. Terdapat ramai tenaga pengajar di university-universiti seluruh UK yang
pernah menerima nobel prize (boleh rujuk Wikipedia). Saya tidak akan sentuh banyak
perkara tentang sistem pembelajaran, tetapi insyaAllah, anda akan dapat yang
terbaik jika belajar disini.
MASYARAKAT
Secara keseluruhan, masyarakat di UK terutama British
mempunyai budaya hidup yang baik. Benar apa yang dikatakan oleh Sheikh Muhammad
Abduh: “Di Eropah, aku melihat Islam tanpa Muslim, bila pulang ke Mesir, aku
melihat ramai Muslim tanpa Islam. Jika anda ingin melihat satu tamadun masyarakat
yang ada nilai-nilai Islam, datanglah ke sini. Mereka akan bantu kita dan
melayan kita dengan bersungguh-sungguh walaupun kita datang daripada negara yang
ketinggalan di belakang mereka. Saya membandingkan cara kita, sebahagian besar
rakyat Malaysia melayan mereka yang datang daripada negara sedikit ketinggalan
daripada kita. Saya tidak nafikan terdapat segelintir daripada masyarakat UK
yang tidak ada budaya hidup yang baik ini dalam diri mereka. Dan saya juga
tidak nafikan masyarakat di barat sememangnya mempunyai budaya hidup yang tidak
sesuai dengan cara hidup Muslim seperti pergaulan bebas. Tetapi masih
banyak budaya hidup mereka yang baik dan ada nilai Islam di dalamnya yang kita
dapat ambil. Saya tidak dapat berkongsi kesemuanya disini, jika anda ingin
rasai pengalaman hidup dalam masyarakat ini, datanglah ke UK.
BIAH ISLAMIAH
Biah Islamiah ataupun suasana Islamik adalah salah satu
aspek yang selalu diambil berat oleh pelajar yang ingin menyambung belajar ke
luar negara. Di UK, walaupun sebuah negara barat yang bebas dan terbuka, tetapi biah
Islamiah dalam kalangan pelajar Malaysia sangat subur. Pelbagai
aktiviti-aktiviti berunsur Islam yang diadakan dalam kalangan Malaysian hampir setiap
minggu, yang mana sebahagian daripada kita tidak pernah merasainya walaupun
berada di Malaysia. Ketika cuti musim sejuk dan musim bunga, ada beberapa ‘gathering’
diadakan untuk membina hubungan antara pelajar Muslim Malaysia dan juga membina
sahsiah diri pelajar. Di negara sini, anda boleh menjadi lebih baik dan boleh juga
menjadi lebih teruk, semuanya pilihan anda sendiri. Terdapat pelajar yang tidak
mengenal apa itu usrah sebelum ini, akan kenal dan jatuh cinta dengannya di UK.
![]() |
| Siti Fatimah Mukhtar with her usrah group. |
Mereka yang
aktif dalam dakwah sebelum ini juga akan menjadi lebih aktif disini. Saya ingin membawa
contoh 2 orang bekas pelajar terbaik Malaysia SPM 2006 dan 2008, Siti Fatimah
Mukhtar dan Nik Nur Madihah. Kedua-dua mereka ini sedang belajar di University
of Nottingham dalam bidang Perubatan dan Fizik. Sudah beberapa kali saya
berjumpa mereka didalam beberapa program bercorak Islam disini dan mereka
sememangnya hebat, sangat aktif dalam dakwah disini. Jadi, anda yang datang ke
UK akan berpeluang merasai biah Islamiah. Tetapi ianya tetap terletak pada pilihan anda
untuk mengikutinya atau tidak. Dari segi aspek keselamatan pula, cukup
saya katakan bahawa bagi pelajar perempuan yang ingin keluar rumah untuk ke kedai
atau sebagainya, tidak memerlukan Musyrif mahupun Musyrifah (Minta maaf ya
pelajar-pelajar di Middle East J). Tetapi
langkah-langkah keselamatan tetap perlu diambil berat oleh pelajar.
TOKOH HEBAT DAN TERBUKA
Disamping itu, di United Kingdom juga, anda berpeluang
untuk mengikuti dengan aktif ‘talk’ dan seminar yang dihadiri tokoh-tokoh Islam
hebat seperti Tariq Ramadhan, Sister Myriam Francois Cerrah, Abdal Hakim Murad,
dan lain-lain. ‘Talk’ daripada tokoh-tokoh hebat seperti mereka ini kerap
diadakan, hanya terletak kepada kita untuk hadir atau tidak. Disamping itu, masyarakat
disini amat terbuka, kita juga boleh hadir ke talk-talk agama lain tanpa rasa
takut, dan perbincangan tentang agama disini turut terbuka dan aktif. Pada
pemerhatian saya, perbincangan tentang agama walaupun di kedai kopi sekalipun
bukanlah perkara yang sensitif disini. Bahkan, daripada pengalaman saya, pernah
diadakan satu talk tentang Palestin di universiti saya, Southampton,yang mana sebahagian besar hadirin ialah terdiri daripada non-muslim.
PENGAMALAN CARA HIDUP ISLAM
UK merupakan satu negara yang amat pesat bertambah dari segi
bilangan Muslim. Disini, kita bebas mengamalkan cara hidup Islam. Dari segi
makanan halal, ia bukan masalah besar di sebahagian besar tempat di UK, mudah
didapati dan murah, bahkan kadang-kadang,sesetengah tempat di UK ini ibarat
syurga makanan bagi kita. Jadi perlu berhati-hati agar kita tidak membawa ‘bebanan’
lebih apabila pulang ke Malaysia nanti. Bilangan masjid juga semakin bertambah
di UK, tetapi tidaklah semudah di Malaysia untuk kita dapat bersolat di masjid.
Di luar negara/UK lah kita akan dapat merasa nikmat bersolat dimerata tempat,
seperti di fitting room sambil beralaskan baju Topman mahupun Zara. Bersolat
di merata-rata seperti di tepi jalan, fire exit, padang rumput, atas salji, dan
lain-lain merupakan satu perkara biasa disini, yang mana akan dipandang aneh jika
diamalkan di Malaysia. Disini lah kita akan merasa betapa mudahnya mengamalkan
cara hidup Islam.
KEWANGAN DAN TEMPAT
Sebahagian besar pelajar-pelajar di UK ditaja oleh
MARA,JPA, FELDA, PETRONAS, SHELL, SIME DARBY, YAYASAN TERENGGANU, TNB, dan juga
PaMa. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kewangan pelajar disini. Cukup
sekadar saya katakan bahawa biasiswa yang diterima sangat lebih daripada cukup. Duit
yang anda peroleh itu boleh membawa anda ke merata-rata tempat, dan boleh juga
anda gunakan untuk pulangan balik kepada masyarakat. Jadi, tidak pelik jika kita melihat ada pelajar-pelajar di luar negara khususnya
di UK yang berkahwin ketika belajar, tetapi masih dapat hidup selesa tanpa
masalah kewangan. Mengenai tempat-tempat menarik di UK pula, saya menasihatkan
anda untuk bertanya Encik Google mahupun agen pelancongan.
Setakat ini sahaja. Saya berharap perkongsian saya yang
ringkas (agak panjang lebar) ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda,
pelajar yang masih tercari-cari destinasi pembelajaran seterusnya. Allahua’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)












